
Cara kami boleh membantu anda:
Carian Pakej Pinjaman Yang Terbaik
Oleh kerana terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perniagaan, kami boleh membantu anda mencari pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah atau institusi kewangan yang memberi pembiayaan yang paling maksima.
Penyediaan Kertas Kerja
Kepakaran kami adalah dalam penyediaan kertas kerja yang profesional dan mengikut kehendak institusi kewangan. Oleh kerana kami memahami syarat-syarat kelulusan maka kami dapat menyediakan kertas kerja yang memberi anda peluang paling cerah untuk mendapat kelulusan.
Menyelesaikan Kes-Kes Bermasalah
Permohonan pinjaman anda ditolak? Perunding kami akan mencari institusi kewangan yang mempunyai syarat yang lebih longgar supaya permohonan anda berjaya. Kami juga akan memberi khidmat nasihat untuk memperkukuhkan kewangan syarikat untuk memudahkan memohon pinjaman atau fasiliti kredit pada masa depan.
Perkhidmatan Perakaunan
Kami juga menawarkan perkhidmatan perakaunan untuk syarikat yang tidak mempunyai sistem penyimpanan kira-kira yang lengkap dan professional. Biasanya akauntan kami akan membantu mengemaskini sistem perakaunan perniagaan anda sebelum memohon pinjaman (sekiranya didapati perakauan syarikat anda tidak lengkap).
Membantu Memohon Dana Segera
Proses memohon pinjaman perniagaan daripada bank memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan. Sekiranya perniagaan anda memerlukan dana jangka pendek dengan cepat, kami akan bantu aturkan pinjaman peribadi dengan bank komersial atau dengan institusi kewangan berlesen lain.
Nota : Bukan semua kes kami dapat bantu. Perunding kami akan menjalankan analisa kewangan awal (preliminary financial analysis) untuk menilai kekuatan kewangan syarikat sebelum menerima sebarang kes. Sekiranya, keputusan daripada analisa kewangan awal tidak menggalakkan, maka kami tidak akan menerima kes tersebut. Analisa kewangan awal adalah percuma dan tanpa obligasi.





