- Ingin memohon pinjaman perniagaan tetapi tidak tahu cara untuk memohon?
- Ingin dapat bantuan untuk menyediakan kertas kerja?
- Gagal mendapat pinjaman? Menghadapi masalah semasa permohonan?
- Ingin dapat dana segera sementara menunggu permohonan anda diluluskan?
Kepakaran
Kepakaran kami adalah dalam penyediaan kertas kerja untuk tujuan permohonan pembiayaan perniagaan. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang syarat-syarat permohonan. Oleh kerana kami mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus beberapa bank komersial, maka kami boleh membantu memberi khidmat nasihat supaya permohonan anda dapat memenuhi syarat yang dikehendaki oleh bank.
Oleh kerana hubungi kami rapat dengan institusi kewangan, maka kami tahu tentang institusi mana yang mempunyai kadar faedah yang rendah, syarat yang lebih longgar dan sebagainya. Pada masa yang sama, kami juga mempunyai pengetahuan tentang dana perniagaan daripada kerajaan untuk usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera termasuk grant.
Klien
Klien kami datang dari pelbagai industri. Kami bukan sahaja membantu syarikat besar sahaja (jualan setahun 2 juta – 10 juta) tetapi juga membantu syarikat kecil yang jualan setahun kurang daripada RM250,000. Kebanyakan klien kami mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur dan Selangor.
Jenis Pembiayaan
Kami membantu klien mendapat pinjaman dari bank komersial (dana swasta dan juga dana dari kerajaan), geran kerajaan, pembiayaan projek (project financing), pembiayaan ekuiti (equity financing) dan pembiayaan pelabur swasta (private funding), short term financing untuk memulih aliran tunai dan juga personal loan untuk pemilik perniagaan.
Syarat-syarat Permohonan Pinjaman
- Pemilik perniagaan tidak boleh blacklist (CTOS atau CCRIS)
- Pemilik mesti rakyat Malaysia
- Jumlah dipohon antara RM100,000 – RM10 juta
- Mesti ada premis (ofis, kilang atau ladang). Beroperasi dari rumah tidak layak.
- Jualan (turnover) melebihi RM500,000 ke atas setahun diutamakan
- Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
- Tidak mempunyai rekod pembayaran hutang yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
- Mempunyai lesen /permit/daftar perniagaan yang sah. Mesti berdaftar dengan SSM sekurang-kurangnya 3 tahun.
Khidmat Nasihat Percuma
Sekiranya anda berminat sila menghubungi kami untuk khidmat nasihat percuma. Kami akan menganalisa rekod kewangan syarikat anda untuk menilai peluang kejayaan apabila anda memohon pinjaman perniagaan. Khidmat nasihat kami percuma.




